Jumaat, 11 Jun 2010

pEjUaNgAn bAnGsA meLaYu

kini,kes pembuangan bayi di negara kita merupakan isu hangat yang sering di paparkan di media massa sama ada media cetak mahupun media elektronik. kebanyakan kes pembuangan bayi tersebut dimonopoli oleh kaum melayu berbanding kaum-kaum lain di negara kita.hal ini amat memalukan bagi kaum melayu.
oleh itu,sebagai rakyat malaysia yang berbangsa melayu kita haruslah bersama-sama membenteras gejala ini melalui beberapa kaedah. antaranya ialah melalui pihak sekolah.hal ini kerana ,kebanyakan kes pembuangan bayi melibatkan pelajar sekolah.oleh itu pihak sekolah haruslah mengadakan kempen serta program motivasi terhadap pelajar di sekolah.
selain itu,pihak kerajaan melalui kementerian pendidikan malaysia hruslah mempercepatkan pengajaran Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial yang telah diuar-uarkan di stesen stesn televisyen malaysia.
dengan langkah langkah tersebut,ia akan dapat mengurangkan masalah pembuangan bayi dalam kalangan kaum melayu di negara kita seterusnya melahirkan sebuah negara yang harmoni. hal ini akan membuatkan bangsa melayu tidak dihina oleh bangsa-bangsa lain. TERUSKAN PERJUANGAN KITA SEBAGAI BANGSA MELAYU!!!

gempa bumi di haiti


Gempa bumi Haiti 2010 ialah sebuah malapetaka gempa bumi bermagnitud 7.0 Mw yang berpunca dari pusat gempa berhampiran Léogâne, kira-kira 25 km (16 batu) di barat Port-au-Prince, ibu negara Haiti. Gempa bumi ini melanda pada pukul 16:53 waktu tempatan (21:53 UTC) pada 12 Januari 2010,[2][3] sedalam 13 km (8.1 batu). Pemantauan Geologi Amerika Syarikat mencatat berlakunya sebanyak 33 gegar penghujung, 14 daripadanya antara magnitud 5.0 hingga 5.9.[4] Persatuan Palang Merah Antarabangsa menganggarkan lebih kurang tiga juta orang terjejas oleh gempa bumi ini;[5] Menteri Dalam Negeri Haiti Paul Antoine Bien-Aimé, kemudian pada 15 Januari menjangka bahawa bencana ini mungkin meragut sebanyak 100,000 hingga 200,000 nyawa.[6] Pada 10 Februari pula, kerajaan Haiti mengumumkan bahawa seramai 230,000 orang telah disahkan meninggal manakala 300,000 lagi cedera.[1] Mereka juga menganggarkan 250,000 rumah dan 30,000 bangunan komersil telah runtuh atau rosak teruk.[7]

Gempa bumi ini mengakibatkan kemusnahan teruk di Port-au-Prince dan kawasan sekelilingnya. Banyak binaan mercu tanda terkemuka yang begitu dahsyat dirosakkan atau dibinasakan, termasuk Istana Presiden (tetapi Presiden René Préval terselamat), bangunan Dewan Kebangsaan, Gereja Besar Port-au-Prince, dan bangunan penjara utama.[8] Ibu pejabat Misi Penstabilan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Haiti (MINUSTAH) yang terletak di ibu negara, turut runtuh dan Ketua Misi Hédi Annabi, timbalannya Luiz Carlos da Costa, dan pemangku pesuruhjaya polis disahkan terkorban.[9][10]

sumber gempabumi haiti

masalah pembuangan bayi


Malaysia dengan bangganya menuju ke alaf baru yang berorientasikan sains dan
teknologi. Namun mereka alpa dengan perkembangan sosial di negara ini. Saban hari,
terdapat laporan bayi yang dijumpai di dalam tandas, di tepi longkang, dan lain-
lain tempat tanpa ada perasaan perikemanusiaan.

Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan dusta itu mereka sanggup membuang
bayi dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru. Hal ini turut
diakibatkan oleh mereka tidak sanggup diejek dan dicaci oleh masyarakat setempat.

Di samping itu sikap masyarakat yang tidak prihatin, hanya berpeluk tubuh,
dan mengabaikan isu itu turut menjadi punca gejala ini menjadi-jadi. Mereka
bersikap demikian kerana menganggap isu ini adalah sesuatu yang memalukan.

Terdapat juga, ahli masyarakat yang hanya menuding jari terhadap golongan
remaja. Pada pandangan mereka inilah pencetus berlakunya pembuangan bayi kerana
pergaulan bebas. Lebih-lebih lagi remaja yang suka melepak dan membuang masa
dengan sia-sia dianggap sebagai sampah masyarakat. Sebagai masyarakat, kita
sepatutnya memberi teguran membina kepada remaja tersebut. Selain itu kesilapan
yang paling nyata ialah sikap wanita dan lelaki yang melakukan perzinaan sesuka
hati. Mereka tergolong dalam kalangan yang kurang pendidikan agamanya. Selepas
itu, masing-masing hilang rasa tanggungjawab ke atas apa yang mereka lakukan
hingga sanggup mengorbankan anak.

Hukuman yang kurang berat juga menggalakkan kes-kes pembuangan bayi ini. Ibu
bapa mangsa bayi yang dibuang tidak dikesan bersungguh-sungguh sehingga masalah
penjagaan bayi diserapkan bulat-bulat kepada pihak hospital dan Jabatan Kebajikan
Masyarakat. Hukuman yang dikenakan hanya penjara dan denda yang mampu dllaksanakan
oleh pesalah.

Galakan daripada badan tertentu yang sanggup memelihara mangsa ini juga menggalakkan ibu bapa membuang anak-anak mereka. Mereka berpendapat terdapat golongan yang menyayangi anak mereka dan memelihara anak mereka dengan baik. Kebanyakan ibu bapa yang menyayangi anak-anak mereka berperasaan demikian.
Ekoran itu, ibu bapalah watak utama dalam mencorakkan sahsiah anak-anak
mereka. Masalah pembuangan bayi ini pasti dapat ditangkis sekiranya wujud
kesedaran dan rasa tanggungjawab dan masyarakat dengan mengambil tahu serta cuba
membanterasnya seterusnya wujudnya masyarakat yang bersifat penyayang

Pada 9 Julai 2008, kita digemparkan dengan penemuan bayi yang baru lahir di tebing sungai Kampung Bako Hilir, Kuching, Sarawak. Menurut laporan akhbar Borneo Post, bayi perempuan yang baru lahir ini ditemui mati oleh salah seorang
penduduk kampung tersebut ketika mahu menjala ikan. 2.0 STATISTIK Fenomena seks bebas berlaku di man-man di seluruh dunia. Beberapa kajian yang
dilakukan di negara ini menunjukkan 27 peratus daripada remaja kita yang hari ini
mengadakan hubungan seks luar nikah. Majlis HEWI PKPIM juga melihat scenario
pembuangan bayi yang berlaku sejak akhir-akhir ini sangat kritikal dan perlu
ditangani habis-habisan oleh semua pihak. Sepanjang tempoh dua tahun sehingga
2006. JMK menerima maklumat sejumlah 145 bayi luar nikah dibuang dan dijumpai.

Menurut statistik kes pembuangan bayi di Malaysia yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, pada tahun 2000, sejumlah 65 kes pembuangan bayi telah dilaporkan di seluruh Malaysia. Manakala pada
tahun 2006, kes pembuangan bayi bertambah 18 kes menjadi keseluruhan kes pada
tahun tersebut berjumlah 83 kes. Walaupun statistik ini tidak mencecah ke angka

ratusan kes, tidak bermakna kita sebagai anggota masyarakat membiarkan fenomena ini berlarutan. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, sejumlah 257,411 sijil pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf bermula

sumber

Contoh Karangan : Pencemaran Sungai
Jun 30, 2007 — mindabahasa
Sejak beberapa tahun, kerajaan telah melancarkan kempen ”Sayangi Sungai ”dalam negara yang merangkumi pelbagai usaha memantau, memulihara, membersih dan mengindahkan keadaan sungai. Walaupun begitu, belakangan ini, isu pencemaran sungai kian serius sehinggakan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid melahirkan rasa kecewanya kerana tidak terdapat kesan yang boleh dibanggakan terhadap keadaan banyak sungai kita.


Masalahnya tidak kelihatan apa-apa tindakan berkesan dilakukan. Mereka yang mendiami sekitaran sungai seperti pengusaha kilang, peniaga gerai makan dan juga penghuni rumah masih menganggap sungai sebagai tempat untuk menyalurkan sampah dan segala macam sisa yang hendak dibuang.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri perlu mengadakan pelbagai acara membabitkan orang ramai dan industri. Sokongan orang ramai dan swasta adalah penting sekiranya kempen menyayangi sungai dikehendaki mendatangkan kesan. Perasaan cintakan sungai yang mengalir melalui kediaman atau bandar mereka diami adalah milik mereka juga perlu dipupuk. Hanya dengan cara begini, baru akan timbul perasaan menyayangi sungai mereka sendiri dan dengan itu mereka juga berusaha memuliharanya daripada dicemari. Apa pun kebanyakan sungai dan kawasan lembahnya terus dilanda pencemaran. Malah tahap pencemaran terhadap beberapa batang sungai semakin teruk hingga ada yang terpaksa dikategorikan sebagai sudah ‘mati’.

Mengikut perangkaan yang diberikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perairan dan Saliran, Datuk Keizrul Abdullah, kedudukan sungai dalam negara kita sebenarnya semakin meruncing. Daripada keseluruhan 120 kawasan lembah sungai yang dipantau Jabatan Alam Sekitar (JAS) kedudukan pencemarannya semakin buruk dari tahun ke tahun. Pada tahun 2002, masih ada 63 sungai dikategorikan sebagai bersih, tetapi setahun kemudian hanya tinggal 58 sungai yang masih bersih. Pada 2002, 43 sungai dianggap sudah tercemar manakala setahun kemudian jumlah sungai yang tercemar meningkat kepada 53. Bagaimanapun, jumlah sungai yang mengalami pencemaran teruk tinggal sembilan batang saja pada 2003 berbanding dengan 14 sebelum itu. Tidak diketahui apakah yang menyebabkan lima sungai yang tercemar teruk pada 2002 bertambah baik setahun kemudian.

Pemantauan yang dilakukan Jabatan Alam Sekitar menunjukkan bahawa kiranya tidak ada rancangan berkesan memelihara kebersihan sungai, kedudukan kebanyakan sungai dalam negara akan terus dilanda pencemaran. Hal ini disebabkan, keseluruhannya rakyat negara ini amat kurang prihatin terhadap tahap kebersihan sungai. Kebanyakan daripada mereka seolah-olah tidak pernah terfikir bahawa merekalah juga yang menyebabkan keadaan kebanyakan sungai kita terus tercemar. Penghuni rumah di tepi sungai baik setinggan atau pun tidak, berterusan menganggap sungai seperti saliran membuang najis dan sampah. Kalau diperhatikan kawasan perumahan, bangunan dan rumah kedai yang didirikan 30 atau 40 tahun lalu semuanya membelakangkan sungai. Ramai ketika itu menjadikan sungai sebagai saliran sampah dan najis. Sehingga kini pun ketika pemaju perumahan misalnya sudah tidak lagi menganggap sungai sebagai saliran sampah dan mula mendirikan rumah menghadap sungai, itupun orang ramai masih tidak dapat mengikis pandangan mereka terhadap sungai.

bg mendapatkan maklumat seterusnya klik pencemaran